OLEH : I KOMANG OKA ARDANA
BAB
I
PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang
Dunia
berkembang begitu pesatnya. Segala sesuatu yang semula tidak bisa dikerjakan,
mendadak dikejutkan oleh orang lain yang bisa mengerjakan hal tersebut. Agar
kita tidak tertinggal dan tidak ditinggalkan oleh era yang berubah cepat, maka
kita sadar bahwa pendidikan itu sangat penting. Banyak negara yang mengakui
bahwa persoalan pendidikan merupakan persoalan yang pelik. Namun semuanya
merasakan bahwa pendidikan merupakan salah satu tugas negara yang amat penting.
Bangsa yang ingin maju, membangun, dan berusaha memperbaiki keadaan masyarakat
dan dunia tentu mengatakan bahwa pendidikan merupakan kunci keberhasilan suatu
bangsa.
Pengemasan
pendidikan, pembelajaran, dan pengajaran sekarang ini belum optimal seperti
yang diharapkan. Hal ini terlihat dengan kekacauan-kekacauan yang muncul di
masyarakat bangsa ini, diduga bermula dari apa yang dihasilkan oleh dunia
pendidikan. Pendidikan yang sesungguhnya paling besar memberikan kontribusi
terhadap kekacauan ini. Tantangan dunia pendidikan ke depan adalah mewujudkan proses
demokratisasi belajar. Pembelajaran yang mengakui hak anak untuk melakukan
tindakan belajar sesuai karakteristiknya. Hal penting yang perlu ada dalam lingkungan
belajar yang demokratis adalah reallness (kenyataan). Sadar bahwa anak memiliki kekuatan
disamping kelemahan, memiliki keberanian di samping rasa takut dan kecemasan,
bisa marah di samping juga bisa gembira.
Realness bukan hanya harus dimiliki oleh anak, tetapi
juga orang yang terlibat dalam proses pembelajaran. Lingkungan belajar yang bebas dan didasari oleh realness dari semua pihak yang telibat
dalam proses pembelajaran akan dapat menumbuhkan sikap dan persepsi yang
positif terhadap belajar.
Manusia
adalah makhluk individu dan makhluk sosial. Dalam hubungannya dengan manusia
sebagai makhluk sosial, terkandung suatu maksud bahwa manusia bagaimanapun juga
tidak lepas dari individu yang lainnya. Secara kodrati manusia akan selalu
hidup bersama. Hidup bersama antarmanusia akan berlangsung dalam berbagai
bentuk komunikasi dan situasi. Dalam kehidupan semacam inilah terjadi
interaksi. Dengan demikian kegiatan hidup manusia akan selalu dibarengi dengan
proses interaksi atau komunikasi, baik interaksi dengan alam lingkungan,
interaksi dengan sesama, maupun interaksi dengan tuhannya, baik itu sengaja
maupun tidak disengaja.
Sehubungan
dengan hal tersebut, dengan ketidak terbatasannya akal dan keinginan manusia,
untuk itu perlu dipahami secara benar mengenai pengertian proses dan interaksi
belajar. Belajar dan mengajar adalah dua kegiatan yang tunggal tapi memang
memiliki makna yang berbeda. Belajar diartikan sebagai suatu perubahan
tingkah-laku karena hasil dari pengalaman yang diperoleh. Sedangkan mengajar
adalah kegiatan menyediakan kondisi yang merangsang serta mangarahkan kegiatan
belajar siswa/subjek belajar untuk memperoleh pengetahuan, keterampilan, nilai
dan sikap yang dapat membawa perubahan serta kesadaran diri sebagai pribadi.
1.2 Rumusan Masalah
1.2.1
Bagaimana Teori Pengajaran itu ?
1.2.2
Apa
pengertian Pembelajaran ?
1.2.3
Bagaimanakah
Model-
model Pengajaran ?
1.3 Tujuan
1.3.1
Untuk
mengetahui tentang Teori Pengajaran.
1.3.2
Untuk
mengetahui apa pengertian Pembelajaran.
1.3.3
Untuk
mengetahui apa sajakah model-model pengajaran di dalam Teori Pengajaran.
BAB II
PEMBAHASAN
2.1
TEORI
PENGAJARAN
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk
memudahkan proses pembelajaran
para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan saja harus
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka
juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan
suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar di samping sentiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pengajaran, guru kerap berhadapan dengan
pelajar yang berbeda dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan
kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini
bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan
teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar untuk belajar
secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan
berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang
bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran,
aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi
yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan
secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat
pelajar secara berkesan.
Dalam
merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai
urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif
pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu
memberi sepenuhnya pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan
terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu
guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan
bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang
kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana
mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau
modul.
Di
antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
1.
Kaedah
sumbang saran
2.
Kaedah
tunjuk cara (demonstrasi)
3.
Simulasi
atau kaedah pengajaran kumpulan
4.
Kaedah
perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
5.
Kaedah
oudioligual
6.
Kaedah
kodkognetif
7.
Kaedah
projek
Penggunaan kaedah dan teknik yang digunakan
akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan giat sepanjang sesi pengajaran
tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran, terdapat beberapa kaedah dan
teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh karena demikian, pemilihan
terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya
cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan
konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John
Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman,
permerhatian dan percobaan. Pelajar merasa seronok menjalankan uji kaji aktiviti
lain yang dilakukan dalam situasi sebenarnya dan bermakna. Biasanya kaedah ini
memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat inderia mereka untuk
membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik
pula, guru boleh menggunakan apa saja teknik yang difikirkan sesuai sama ada
teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita
dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran.
Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya
seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru
itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan ilustrasi. Idea yang abstrak,
konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah dipahami apabila
guru menggunakan contoh-contoh dengan ilustrasi yang mudah dan konkrit.
Misalnya, dalam bentuk lisan yaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita,
mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh
ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang
individu yang lain biasanya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses
pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat
semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fisikal, mental,
emosi dan social mereka tetap berbeda. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak
menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan
atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbedaan kesediaan
belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan
1. kematangan fisikal.
2. kematangan intelek.
3. kematangan emosi.
a.
Kematangan fisikal, pekembangan pada fisikal manusia pada umumya
menunjukkankecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbedaan yang besar
antara mereka. Guru-guru perlu
berhati-hati terhadap perbedaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan
dan perkembangan fisikal seperti
ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal
berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran.
Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantumengajar.
Jika berlaku penyimpangan terhadap ciri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru
harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa saja penyesuaian
yang berkaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh
memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.
b. Kematangan intelek (mental), Kebolehan
mental ditafsirkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan
membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kebolehan untuk
mengingat kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan
kesimpulan tentang hal-hal yang diperoleh daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, yaitu bermula
daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang
lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahap sejauh manakah
kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek
seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu
merupakan proses yang berlaku secara berperingkat peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi
semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan yang sama dalam kalangan mereka
yang sedang menjalani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeda-beda. Oleh karena
demikian, mereka yang bertanggungjawab dengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil
kira perbedaan-perbedaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang
dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.
c.
Kematangan Emosi, emosi menggambarkan satu
keadaan yang dikaitkan oleh dorangan dorongan melalui satu
cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandung nada
perbedaan atau berbagai-bagai kepuasan dan gangguan. Ahli
psikologi dan fisiologi sependapat bahwa emosi melibatkan perasaan, gerak hati
dan tindak balas fisiologi. Gerak
hati atau desakan dalam yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi
dalam perbagai gabungan dan peringkat. Secara umum,
emosi dapat diartikan
sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyelarasan
dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan
kemudian diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. Metacognition -
What is your reaction to the video on
metacognition? - Explain in your own words three or more benefits of applying
metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in your
classes?
Metacognition dapatlah ditafsirkan sebagai elemen yang mempunyai
kaitan rapat dengan kesadaran tentang proses yang dilaksanakan secara berfikir.
Menurut Bronw (1980) metacognition’ adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesadaran
yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat
kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan
pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari
aspek persekolahan boleh menyadari, mengawal dan mengamalkan strategi berfikir
berhubungan dengan satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan
rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model ‘ Functional Thinking’ nya
menyatakan lebih jelas bahwa ‘ Metacognition adalah merangkum kebolehan
seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring), Dan menilai (assessing)
satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan “Boyer menjelaskan bahwa
‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri.
Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill
used to produce meaning rather then diretctly to data and experience.
Metacognation seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks
to make meaning”. Dengan ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai
kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan strategi yang betul dalam proses
melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil
sebenarnya berfikir itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu
masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai
keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada
kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam
penyelasaian masalah tersebut.
Terdapat
kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive:
1. Kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan melalui
sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai
dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini
melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas
atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea
serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu
cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar
aktiviti perbincangan lancar, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada
akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini akan digunakan
untuk membuat ulasan perbincangan.
2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan
pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses
pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, yaitu pemerhatian (attention),
mengingati (retention), reproduksi (reproduction), dan penangguhan (reinforcement),
motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran
dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara sebagai berikut:
1)
Penyampaian harus cakap dan menarik.
2)
Demonstrasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat.
3) Hasil guru atau contoh-contoh seperti
ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi.
3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan
sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada ia berlaku tidak akan dapat
diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita ukur ialah ingatan
selepas pembelajaran saja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau
praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti
ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling
berpengaruh antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat
perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat
perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.
Berdasarkan uraian-uraian pengertian ingatan di atas maka
bolehlah dirumuskan bahwa ingatan merupakan proses kebolehan manusia
untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian
mengeluarkannya ketika perlu.
Dan berdasarkan daripada tiga kaedah
penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan pengajaran yang
dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan. Apabila guru
menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran
bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta
mendalam. Dalam proses pengajaran, kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus
ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah,
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur,
kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai
kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang
ilmu yang lain dengan lebih mudah.
2.2
MODEL-MODEL
PENGAJARAN
Ada
beberapa macam model pengajaran, yaitu :
1.
Model
Robert Glazer
Robert
Glazer mengemukakan model pengajarannya dengan membagikan proses pengajaran
kepada empat komponen utama yaitu : Objektif pengajaran, Pengetahuan sedia ada
pelajar, Kaedah mengajar, Penilaian Beliau juga menjelaskan bahwa pelajar
sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau,
objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan sedia ada pelajar, kemudian
kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan
sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan keatas segala proses
pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubah
proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa
hadapan. Kesimpulannya, Model pengajaran Robert Glazer dibina berlandaskan
konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah
pengajaran yaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan maklum balas.
2.
Model
Sim
Model
pengajaran Sim pula menjelaskan bahwa proses pengajaran yang berlaku adalah melalui
interaksi di antara beberapa unsur yaitu guru, murid, isi pelajaran, dan juga
objektif. Model ini di bina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang
komunikasi, yaitu interaksi diantara guru dengan murid dengan objektif dan isi
pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, objektif
pelajaran harus ditentukan secara explisit dan mrngikuti kebolehan murid-murid.
Apa yang membedakan model ini dengan model Glazer adalah model Sim menekankan hubungan
yang baik antara guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sehat dan
suasana pengajaran yang mengesankan. Model ini juga memberi penekanan kepada
unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik daerah yang kondusif sesuai
dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar. Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan
tersebut, interaksi antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran, dan
persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya, keberkesanan proses
pengajaran akan dapat di capai ke tahap optimum.
3.
Model
Taba
Model
pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu
sistem yang sesuai dan dapat meningkatkan kemahiran berpikir pelajar.
Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran adalah diutamakan dalam model ini.
Model ini menerangkan bahwa seorang pelajar melakukan operasi kognitif keatas bahan pengajaran atau pemilihan suatu
konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut : Menyusun
data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbedaan, menggolong
dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat
generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori
itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperoleh. Kesimpulannya, dengan
merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membagikan
topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan
kaedah pengajaran yang sesuai.
2.3
PENGERTIAN
PEMBELAJARAN
Pembelajaran
ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan
tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku
sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana
tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha
sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran
untuk dapat mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan
membawa kepada perubahan pada seseorang . Walau bagaimanapun perubahan yang
disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan
kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentafsirkan
pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan
menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditafsirkan
sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak
kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahwa pembelajaran ialah
perubahan dalam tingkah laku ,yaitu cara seseorang bertindak dalam suatu
situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu
seseorang mencapai sempurna sendiri dan nilai individu. Berbagai pendekatan dalam pengajaran masih
diperlukan memandangkan perbedaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan skenario
abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran
dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan.
Ini juga bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh
belajar tanpa bimbingan guru.
Menurut
Tg.Zawawi, berbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan
oleh para pendidik. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi
seperti perbincangan dengan rekan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan
data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan;
merujuk ensiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan
komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di dalam
meningkatkan kepahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan
pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran
yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses sendiri.
Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai
pembelajaran , setiap teori mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses
belajar. Berdasarkan perbedaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran
tersebut dapat dikategorikan menjadi beberapa bagian. Sejauh mana penggunaan
teori dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu akan menjelaskan konsep
pengajaran dan pembelajaran dalam mereka bentuk perisian PPBK.
Teori-teori
pembelajaran masa kini dapat diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama ,yaitu :
1.
Teori Tingkah laku (behavioris)
Mengikut
pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan menimbulkan tindak balas dan
pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Suatu
rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan
pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas
perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara
penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian.
Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran
yang menarik. Oleh karena perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerak balas
yang berlaku juga positif. Tingkah laku memberikan perhatian akan dilazimkan ,yaitu
pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer.
Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkah laku luaran yang dipengaruhi oleh
peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggung jawab guru
dan dikawal sepenuhnya oleh mereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran
seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan
gerak balas serta peneguhan. Dalam perisian kursus PPBK, tumpuan objektif
penggunaan ialah hanya pada peringkat kepahaman dan pengetahuan. Teori ini akan
berpegang kepada anggapan bahwa pembelajaran perisian kursus PPBK merangkum
tanggung jawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh mereka bentuk pengajaran atau
sistem pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahwa pelajar
akan mengekalkan suatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya.
Sebagai contoh, apabila seorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan suatu
gerak balas, ia akan mengulangi tindak balas tersebut setiap kali rangsangan
yang serupa ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK
ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat
meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran .
Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang
diterapkan meliputi: a) Proses belajar dapat berlaku dengan
baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya.
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar.
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar.
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.
Menurut
(Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori tingkah laku yang
banyak diterapkan didunia pendidikan meliputi
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya.
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar.
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan.
Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkah laku pelaziman yang dikemukakan oleh Pavlov boleh diaplikasikan dalam mereka bentuk perisian PPBK iniialah :
a) Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugas pembelajaran. Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan pelajar untuk memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan perasaan takut pelajar sekiranya aktiviti dijalankan secara individu.
b) Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan antara rangsangan dan tindak balas . Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang dingini oleh guru.
c) Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Pelajar yang menerima peneguhan positif seperti ‘bagus’ , ‘anda berjaya’ , ‘jawaban anda betul’ akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian .
d) Pembelajaran akan dapat di tingkatkan dengan mengadakan perbincangan ,projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
e) Motivasi boleh membangkitkan tingkah laku positif dengan memberikan ganjaran yang sesuai. Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang baik, kata-kata perangsang dan sebagainya ketika pelajar berjaya memberikan respon kepada jawaban yang disediakan. Motivasi juga boleh di tingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan pelajar.
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya.
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar.
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan.
Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkah laku pelaziman yang dikemukakan oleh Pavlov boleh diaplikasikan dalam mereka bentuk perisian PPBK iniialah :
a) Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugas pembelajaran. Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan pelajar untuk memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan perasaan takut pelajar sekiranya aktiviti dijalankan secara individu.
b) Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan antara rangsangan dan tindak balas . Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang dingini oleh guru.
c) Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Pelajar yang menerima peneguhan positif seperti ‘bagus’ , ‘anda berjaya’ , ‘jawaban anda betul’ akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian .
d) Pembelajaran akan dapat di tingkatkan dengan mengadakan perbincangan ,projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
e) Motivasi boleh membangkitkan tingkah laku positif dengan memberikan ganjaran yang sesuai. Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang baik, kata-kata perangsang dan sebagainya ketika pelajar berjaya memberikan respon kepada jawaban yang disediakan. Motivasi juga boleh di tingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan pelajar.
Menurut
Gagne, Briggs & Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu
pengajaran ,
a) menarik perhatian.
b) menyatakan objektif pelajaran.
c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas.
d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar.
e) memberikan bimbingan.
f) tugasan dan soalan.
g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar.
h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.
a) menarik perhatian.
b) menyatakan objektif pelajaran.
c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas.
d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar.
e) memberikan bimbingan.
f) tugasan dan soalan.
g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar.
h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.
2. Teori Konstruktivisme
Menurut konstruktivisme, pelajar
tidak lagi dianggap belajar dari pada apa yang diberikan guru atau sistem
pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa
yang sama mengubah realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan
pembelajaran PPBK. Perisian PPBK ini memerlukan pelajar yang aktif
mengaplikasikan pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri. Dick (1997)
menyatakan bahwa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam persekitaran
pembelajaran boleh disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar
dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang
aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja yang mereka bentuk.
Teori ini juga beranggapan bahwa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan,
menganalisis, mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK.
Penggunaan teori konstruktivisme dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka bentuk perisian PPBK asas
perkakasan komputer ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut.
a) Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang suatu konsep.
b) Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
c) Pelajar menghormati pandangan alternatif rekan-rekan mereka.
d) Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah.
e) Pembelajaran berpusatkan pelajar
f) Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.
g) Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
h) Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeda untuk mengukuhkan kepahaman idea tersebut.
I) Pelajar menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina.
j) Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.
k) Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori.
l) Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang pelajar mencari jawaban.
m) Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
n) Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru.
o) Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
p) Pelajar bekerja dalam kumpulan.
a) Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang suatu konsep.
b) Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
c) Pelajar menghormati pandangan alternatif rekan-rekan mereka.
d) Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah.
e) Pembelajaran berpusatkan pelajar
f) Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.
g) Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
h) Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeda untuk mengukuhkan kepahaman idea tersebut.
I) Pelajar menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina.
j) Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.
k) Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori.
l) Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang pelajar mencari jawaban.
m) Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
n) Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru.
o) Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
p) Pelajar bekerja dalam kumpulan.
3. Teori Kognitif Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan yaitu ingatan
jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif
ialah pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran
komputer. Teori ini juga menyediakan pembelajaran aktif dimana pelajar
bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan
untuk menjadikannya bermakna. Pelajar memerlukan kepada pemindahan pembelajaran
dan pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan
pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperoleh maklumat, reka bentuk
perisian hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu
lebih teratur dan mudah diperoleh. Alessi & Trollip (1991) mempercayai
bahwa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk
bahan pengajaran terancang berasaskan komputer. Bidang-bidang tersebut ialah
pengamatan dan penanggapan , ingatan , kepahaman pembelajaran secara aktif ,
motivasi, pemindahan pembelajaran , dan perbedaan individu .
4. Teori Humanisme
Mazhab
humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung juga kepada emosi dan
perasaannya. Seorang ahli Mazhab ini, Carl Roger menyatakan bahwa setiap
individu itu mempunyai cara belajar yang berbeda dengan individu yang lain.
Oleh karena itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikuti kehendak dan
perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan setiap bahwa individu
mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan sendiri. Maka,
guru hendaklah menjaga sendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi
mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
2.4 Strategi
Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam bentuk Perisian PPBK
:
Berbagai
teknologi dan perancangan secara sistematik digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan
dan digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar maklumat dan objektif
pengajaran tersebut boleh dicapai.
Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK ini ialah seperti berikut :
Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK ini ialah seperti berikut :
a)
Pembelajaran Kooperatif.
b) Pembelajaran kolaboratif
c) Pembelajaran Anjal
d) Pembelajaran Bersepadu
e) Pembelajaran Aktif
f) Pembelajaran Reflektif
a) Strategi Pembelajaran Kooperatif
b) Pembelajaran kolaboratif
c) Pembelajaran Anjal
d) Pembelajaran Bersepadu
e) Pembelajaran Aktif
f) Pembelajaran Reflektif
a) Strategi Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran
koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan
pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan
yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam
kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983).
Mereka percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan
akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka.
Menurut Steven , mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat
meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari
peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih
berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif
juga pelajar dari berbagai kebolehan bekerja sama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai satu maklumat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang
maksimum bukan saja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rekan-rekan yang
lain.
b) Strategi
Pembelajaran Kolaboratif
Pendekatan
ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pembangunan perisian PPBK
perkakasan komputer ini, pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti menjawab
soalan terbuka supaya kemahiran inkuiri boleh dibina. Pendekatan ini akan
membolehkan pelajar berpeluang untuk menambahkan pengetahuan dan kepahaman dan
pada masa yang sama membina kemahiran menyiasat. Semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan perisian,
pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Schrage (1990)
menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerja sama karena ia
melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapat dari pada
pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif
dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika
dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti
dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung
kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh
pelajar.
c)
Pembelajaran Anjal
Pengajaran
dan pembelajaran menggunakan perisian PPBK perkakasan komputer ini tidak
semestinya dijalankan pada jadwal waktu resmi. Pembelajaran anjal melibatkan
masa pelajar belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya disamping
mewujudkan jadwal waktu anjal. Dalam kaedah pengajaran pendidik perbedaan
pelajar itu sendiri amat perlu diambil. Penggunaan perisian PPBK perkakasan
komputer ini boleh digunakan oleh pelajar diluar waktu resmi ,ataupun diluar
waktu pembelajaran kelas biasa. Ini memberikan ruang dan kebebasan kepada pelajar
untuk belajar dan menerka ilmu pengetahuan baru disamping dapat membantu
mengukuhkan kepahaman yang telah dipelajari semasa di kelas. Pelajar juga dapat
maklum balas dengan cepat dan positif dari pada komputer, keadaan ini akan menimbulkan
keseronokan belajar karena mereka mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses
pembelajaran. Ini dapat meningkatkan motivasi pelajar.
d) Pembelajaran Bersepadu
Sistem
Pembelajaran Bersepadu ialah pendekatan pembelajaran yang menggunakan rangkaian
komputer. Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini juga memenuhi
kehendak dan keperluan bahan yang berasaskan komputer dan media sokongan yang
memenuhi keperluan pembelajaran individu dan mengikut sertakan pelajaran yang
ditetapkan. Dalam pembelajaran ini, sistem instruksi, pembelajaran dan
pengurusan, dikendalikan oleh komputer menggunakan rangkaian komputer (Yusup
& Razmah, 1999)
e) Pembelajaran
Aktif
Pelajar secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran contohnya,
dalam aktiviti mengenal pasti komponen-komponen utama dalam sistem komputer dan
fungsi setiap komponen berkenaan. Pelajar akan dapat membuat penerangan
mengenai komponen-komponen tersebut seperti mana yang telah dipelajari
sebelumnya melalui demonstrasi yang ditunjukkan kepada mereka. Melalui
penglibatan secara aktif ini penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada
pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu
kepada pembinaan pengetahuan dan kemahiran baru. Proses pemindahan dan
penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara
aktif. Pelajar akan dapat menterjemahkan konsep yang dipelajari melalui latihan
susulan yang diberikan kepada mereka.
f) Pembelajaran Reflektif.
Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana
menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
pembentukan dan pemahaman konsep, inkuri dan kesadaran diri, mengenal pasti
andaian yang melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian, kesimpulan dan
pegangan. Pelajar akan mengingat dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai
beberapa teknik yang telah dipelajari. Contohnya dalam aktiviti membuka dan
memasang beberapa komponen perkakasan komputer beberapa urutan kerja perlu dipahami
oleh pelajar sebelum melaksanakan proses yang sama berikutnya.
BAB
III
PENUTUP
3.1
KESIMPULAN
Adapun simpulan yang dapat saya sampaikan adalah : Tugas
utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk
memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan saja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan
pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar di samping senantiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran,
kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman
yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran, kebolehan menguasai
kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti
menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran
mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar
menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai
bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam bentuk Perisian PPBK : Berbagai
teknologi dan perancangan secara sistematik digunakan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan
dan digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif
pengajaran tersebut boleh dicapai.
Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK ini ialah seperti berikut:
a) Pembelajaran koperatif
b) Pembelajaran kolaboratif
c) Pembelajaran Anjal
d) Pembelajaran Bersepadu
e) Pembelajaran Aktif
f) Pembelajaran Reflektif
Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK ini ialah seperti berikut:
a) Pembelajaran koperatif
b) Pembelajaran kolaboratif
c) Pembelajaran Anjal
d) Pembelajaran Bersepadu
e) Pembelajaran Aktif
f) Pembelajaran Reflektif
3.2
SARAN
Hendaknya pengertian, prinsip dan perkembangan teori
pengajaran dan pembelajaran dapat dipahami oleh para pendidik dan diterapkan
langsung dalam pendidikan dengan benar, sehingga tujuan pendidikan akan
benar-benar tercapai. Dengan memahami bagaimana teori pengajaran tersebut, maka
pendidikan yang berkembang di bangsa kita akan dapat menghasilkan output-output
yang berkualitas.
DAFTAR
PUSTAKA
Alessi
S.M. & Trollip R. S1991. Computer Based Instruction. Methods And
Development. (2nd.Ed.).New Jersey:Prentice
Hall.
Ausubel, D.P. 1968. Educational Psychology: A Cognitive View. New York: Hoet, Rinehart & Winston.
Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing.
Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar.1997.Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf Depan.Komputer, Berita Harian : 1.
Kementerian Pendidikan Malaysia.1997. The Malaysian Smart School:A Msc Flagship Applications:A Conceptual Blueprint. KL.
Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New Jersey:
Ausubel, D.P. 1968. Educational Psychology: A Cognitive View. New York: Hoet, Rinehart & Winston.
Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing.
Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar.1997.Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf Depan.Komputer, Berita Harian : 1.
Kementerian Pendidikan Malaysia.1997. The Malaysian Smart School:A Msc Flagship Applications:A Conceptual Blueprint. KL.
Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New Jersey: