Kamis, 19 Desember 2013

TEORI PENGAJARAN



OLEH : I KOMANG OKA ARDANA
BAB I
PENDAHULUAN

1.1  Latar Belakang
Dunia berkembang begitu pesatnya. Segala sesuatu yang semula tidak bisa dikerjakan, mendadak dikejutkan oleh orang lain yang bisa mengerjakan hal tersebut. Agar kita tidak tertinggal dan tidak ditinggalkan oleh era yang berubah cepat, maka kita sadar bahwa pendidikan itu sangat penting. Banyak negara yang mengakui bahwa persoalan pendidikan merupakan persoalan yang pelik. Namun semuanya merasakan bahwa pendidikan merupakan salah satu tugas negara yang amat penting. Bangsa yang ingin maju, membangun, dan berusaha memperbaiki keadaan masyarakat dan dunia tentu mengatakan bahwa pendidikan merupakan kunci keberhasilan suatu bangsa.
Pengemasan pendidikan, pembelajaran, dan pengajaran sekarang ini belum optimal seperti yang diharapkan. Hal ini terlihat dengan kekacauan-kekacauan yang muncul di masyarakat bangsa ini, diduga bermula dari apa yang dihasilkan oleh dunia pendidikan. Pendidikan yang sesungguhnya paling besar memberikan kontribusi terhadap kekacauan ini. Tantangan dunia pendidikan ke depan adalah mewujudkan proses demokratisasi belajar. Pembelajaran yang mengakui hak anak untuk melakukan tindakan belajar sesuai karakteristiknya. Hal penting yang perlu ada dalam lingkungan belajar yang demokratis adalah reallness (kenyataan). Sadar bahwa anak memiliki kekuatan disamping kelemahan, memiliki keberanian di samping rasa takut dan kecemasan, bisa marah di samping juga bisa gembira.
Realness bukan hanya harus dimiliki oleh anak, tetapi juga orang yang terlibat dalam proses pembelajaran. Lingkungan belajar yang bebas dan didasari oleh realness dari semua pihak yang telibat dalam proses pembelajaran akan dapat menumbuhkan sikap dan persepsi yang positif terhadap belajar.
Manusia adalah makhluk individu dan makhluk sosial. Dalam hubungannya dengan manusia sebagai makhluk sosial, terkandung suatu maksud bahwa manusia bagaimanapun juga tidak lepas dari individu yang lainnya. Secara kodrati manusia akan selalu hidup bersama. Hidup bersama antarmanusia akan berlangsung dalam berbagai bentuk komunikasi dan situasi. Dalam kehidupan semacam inilah terjadi interaksi. Dengan demikian kegiatan hidup manusia akan selalu dibarengi dengan proses interaksi atau komunikasi, baik interaksi dengan alam lingkungan, interaksi dengan sesama, maupun interaksi dengan tuhannya, baik itu sengaja maupun tidak disengaja.
Sehubungan dengan hal tersebut, dengan ketidak terbatasannya akal dan keinginan manusia, untuk itu perlu dipahami secara benar mengenai pengertian proses dan interaksi belajar. Belajar dan mengajar adalah dua kegiatan yang tunggal tapi memang memiliki makna yang berbeda. Belajar diartikan sebagai suatu perubahan tingkah-laku karena hasil dari pengalaman yang diperoleh. Sedangkan mengajar adalah kegiatan menyediakan kondisi yang merangsang serta mangarahkan kegiatan belajar siswa/subjek belajar untuk memperoleh pengetahuan, keterampilan, nilai dan sikap yang dapat membawa perubahan serta kesadaran diri sebagai pribadi.
1.2  Rumusan Masalah
1.2.1        Bagaimana Teori Pengajaran itu ?
1.2.2        Apa pengertian Pembelajaran ?
1.2.3        Bagaimanakah Model- model Pengajaran ?

1.3  Tujuan
1.3.1        Untuk mengetahui tentang Teori Pengajaran.
1.3.2        Untuk mengetahui apa pengertian Pembelajaran.
1.3.3        Untuk mengetahui apa sajakah model-model pengajaran di dalam Teori Pengajaran.

BAB II
PEMBAHASAN
2.1               TEORI PENGAJARAN
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan proses pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan saja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pengajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeda dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar untuk belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
      Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuhnya pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
1.      Kaedah sumbang saran
2.      Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
3.      Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
4.      Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
5.      Kaedah oudioligual
6.      Kaedah kodkognetif
7.      Kaedah projek
      Penggunaan kaedah dan teknik yang digunakan akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan giat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh karena demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percobaan. Pelajar merasa seronok menjalankan uji kaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenarnya dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat inderia mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa saja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan ilustrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah dipahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilustrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan yaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
      Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasanya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fisikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeda. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbedaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan
1. kematangan fisikal.
2. kematangan intelek.
3. kematangan emosi.
          a.         Kematangan fisikal, pekembangan pada fisikal manusia pada umumya menunjukkankecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbedaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbedaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks   kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fisikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku   dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantumengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap ciri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa saja penyesuaian yang berkaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.
            b.         Kematangan intelek (mental), Kebolehan mental ditafsirkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kebolehan untuk mengingat kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diperoleh daripada pengalaman ataupun            yang abstrak. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, yaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahap sejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan  perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat         peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjalani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeda-beda. Oleh karena demikian, mereka yang bertanggungjawab dengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbedaan-perbedaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.
            c.         Kematangan Emosi, emosi menggambarkan satu keadaan yang dikaitkan oleh dorangan dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandung nada perbedaan atau berbagai-bagai kepuasan dan gangguan. Ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahwa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas         fisiologi. Gerak hati atau desakan dalam yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat. Secara umum, emosi dapat            diartikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyelarasan dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudian diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. Metacognition - What is your    reaction to the video on metacognition? - Explain in your own words three or more benefits of applying metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in your classes?
Metacognition dapatlah ditafsirkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesadaran tentang proses yang dilaksanakan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition’ adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesadaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyadari, mengawal dan mengamalkan strategi berfikir berhubungan dengan satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model ‘ Functional Thinking’ nya menyatakan lebih jelas bahwa ‘ Metacognition adalah merangkum kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring), Dan menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan “Boyer menjelaskan bahwa ‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri. Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning”. Dengan ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenarnya berfikir itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelasaian masalah tersebut.
Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive:
       1.              Kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancar, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini akan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.
     2.                 Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, yaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), reproduksi (reproduction), dan penangguhan (reinforcement), motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara sebagai berikut:
                        1)  Penyampaian harus cakap dan menarik.
                        2)  Demonstrasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat.
      3)  Hasil guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi.
     3.                 Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada ia berlaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran saja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruh antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.
Berdasarkan uraian-uraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahwa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu. Dan berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan. Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran, kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.
2.2              MODEL-MODEL PENGAJARAN
Ada beberapa macam model pengajaran, yaitu :
1.      Model Robert Glazer
Robert Glazer mengemukakan model pengajarannya dengan membagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama yaitu : Objektif pengajaran, Pengetahuan sedia ada pelajar, Kaedah mengajar, Penilaian Beliau juga menjelaskan bahwa pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan sedia ada pelajar, kemudian kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan keatas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubah proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model pengajaran Robert Glazer dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran yaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan maklum  balas.
2.      Model Sim
Model pengajaran Sim pula menjelaskan bahwa proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara beberapa unsur yaitu guru, murid, isi pelajaran, dan juga objektif. Model ini di bina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi, yaitu interaksi diantara guru dengan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus ditentukan secara explisit dan mrngikuti kebolehan murid-murid. Apa yang membedakan model ini dengan model Glazer adalah model Sim menekankan hubungan yang baik antara guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sehat dan suasana pengajaran yang mengesankan. Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik daerah yang kondusif sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar. Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut, interaksi antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran, dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya, keberkesanan proses pengajaran akan dapat di capai ke tahap optimum.
3.      Model Taba
Model pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai dan dapat meningkatkan kemahiran berpikir pelajar. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran adalah diutamakan dalam model ini. Model ini menerangkan bahwa seorang pelajar melakukan operasi kognitif  keatas bahan pengajaran atau pemilihan suatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut : Menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbedaan, menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperoleh. Kesimpulannya, dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.
2.3               PENGERTIAN PEMBELAJARAN
   Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran untuk dapat mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walau bagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentafsirkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditafsirkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahwa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku ,yaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna sendiri dan nilai individu. Berbagai pendekatan dalam pengajaran masih diperlukan memandangkan perbedaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan skenario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru.
        Menurut Tg.Zawawi, berbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rekan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kepahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses sendiri. Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan perbedaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan menjadi beberapa bagian. Sejauh mana penggunaan teori dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu akan menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam mereka bentuk perisian PPBK.              
        Teori-teori pembelajaran masa kini dapat diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama ,yaitu :

1.   Teori Tingkah laku (behavioris)
         Mengikut pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan menimbulkan tindak balas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Suatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh karena perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerak balas yang berlaku juga positif. Tingkah laku memberikan perhatian akan dilazimkan ,yaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkah laku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggung jawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh mereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerak balas serta peneguhan. Dalam perisian kursus PPBK, tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kepahaman dan pengetahuan. Teori ini akan berpegang kepada anggapan bahwa pembelajaran perisian kursus PPBK merangkum tanggung jawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh mereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahwa pelajar akan mengekalkan suatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan suatu gerak balas, ia akan mengulangi tindak balas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran .
         Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi:                                                              a)      Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya.
b)
   Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah                    mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.                                                                   
    c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar.                                                               
    d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.

         Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori tingkah laku yang banyak diterapkan didunia pendidikan meliputi                                                                              
    a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya.
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah
                       mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.                                                                  
    c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar.                                                  
    d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan.

Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkah laku pelaziman yang dikemukakan oleh Pavlov boleh diaplikasikan dalam mereka bentuk perisian PPBK iniialah :                                    
    a) Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugas pembelajaran. Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan pelajar untuk memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan perasaan takut pelajar sekiranya aktiviti dijalankan secara individu.
b) Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan antara rangsangan dan                                     tindak balas . Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh
dilazimkan untuk gerak balas                           yang dingini oleh guru.
c) Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Pelajar yang                   menerima peneguhan positif seperti ‘bagus’ , ‘anda berjaya’ , ‘jawaban anda betul’ akan                    menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik berterusan walaupun tidak lagi                       menerima pujian .
d) Pembelajaran akan dapat di tingkatkan dengan mengadakan perbincangan ,projek dan                      aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
e) Motivasi boleh membangkitkan tingkah laku positif dengan memberikan ganjaran yang                     sesuai. Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang baik, kata-kata                                    perangsang dan sebagainya ketika pelajar berjaya memberikan respon kepada jawaban                       yang disediakan. Motivasi juga boleh di tingkatkan dengan menyediakan suasana                              pembelajaran yang menyeronokkan pelajar.
         Menurut Gagne, Briggs & Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran ,
a) menarik perhatian.
b) menyatakan objektif pelajaran.
c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas.
d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar.
e) memberikan bimbingan.
f) tugasan dan soalan.
g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar.
h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.
2.   Teori Konstruktivisme
Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar dari pada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran PPBK. Perisian PPBK ini memerlukan pelajar yang aktif mengaplikasikan pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri. Dick (1997) menyatakan bahwa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam persekitaran pembelajaran boleh disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja yang mereka bentuk. Teori ini juga beranggapan bahwa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK.
        Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka bentuk perisian PPBK asas perkakasan komputer ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut.
a)
Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang suatu konsep.
b)
   Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
c)
Pelajar menghormati pandangan alternatif rekan-rekan mereka.
d)
   Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah.
e)
Pembelajaran berpusatkan pelajar
f)
Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.
g)
   Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
h)
   Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeda untuk mengukuhkan                      kepahaman idea tersebut.
I)
Pelajar menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina.
j)
Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.
k)
   Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori.
l)
Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang pelajar mencari jawaban.
m) Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
n)
   Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru.
o)
   Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
p)
   Pelajar bekerja dalam kumpulan.
3.   Teori Kognitif                                                                                                                              Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan yaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran komputer. Teori ini juga menyediakan pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Pelajar memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperoleh maklumat, reka bentuk perisian hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperoleh. Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahwa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer. Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan , ingatan , kepahaman pembelajaran secara aktif , motivasi, pemindahan pembelajaran , dan perbedaan individu .

4. Teori Humanisme
Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung juga kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli Mazhab ini, Carl Roger menyatakan bahwa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeda dengan individu yang lain. Oleh karena itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikuti kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan setiap bahwa individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan sendiri. Maka, guru hendaklah menjaga sendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
2.4       Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam bentuk Perisian PPBK :
           Berbagai teknologi dan perancangan secara sistematik digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan dan digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar maklumat dan objektif pengajaran tersebut boleh dicapai.
Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK ini ialah seperti berikut :
    a) Pembelajaran Kooperatif.                                                                                                  
    b) Pembelajaran kolaboratif
c) Pembelajaran Anjal
d) Pembelajaran Bersepadu
e) Pembelajaran Aktif
f) Pembelajaran Reflektif

a) Strategi Pembelajaran Kooperatif     
         Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Mereka percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Menurut Steven , mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga pelajar dari berbagai kebolehan bekerja sama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu maklumat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan saja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rekan-rekan yang lain.
         b)  Strategi Pembelajaran Kolaboratif
    Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pembangunan perisian PPBK perkakasan komputer ini, pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran inkuiri boleh dibina. Pendekatan ini akan membolehkan pelajar berpeluang untuk menambahkan pengetahuan dan kepahaman dan pada masa yang sama membina kemahiran menyiasat. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan perisian, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerja sama karena ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapat dari pada pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar.
c) Pembelajaran Anjal
     Pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian PPBK perkakasan komputer ini tidak semestinya dijalankan pada jadwal waktu resmi. Pembelajaran anjal melibatkan masa pelajar belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya disamping mewujudkan jadwal waktu anjal. Dalam kaedah pengajaran pendidik perbedaan pelajar itu sendiri amat perlu diambil. Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini boleh digunakan oleh pelajar diluar waktu resmi ,ataupun diluar waktu pembelajaran kelas biasa. Ini memberikan ruang dan kebebasan kepada pelajar untuk belajar dan menerka ilmu pengetahuan baru disamping dapat membantu mengukuhkan kepahaman yang telah dipelajari semasa di kelas. Pelajar juga dapat maklum balas dengan cepat dan positif dari pada komputer, keadaan ini akan menimbulkan keseronokan belajar karena mereka mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. Ini dapat meningkatkan motivasi pelajar.
   d) Pembelajaran Bersepadu
     Sistem Pembelajaran Bersepadu ialah pendekatan pembelajaran yang menggunakan rangkaian komputer. Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini juga memenuhi kehendak dan keperluan bahan yang berasaskan komputer dan media sokongan yang memenuhi keperluan pembelajaran individu dan mengikut sertakan pelajaran yang ditetapkan. Dalam pembelajaran ini, sistem instruksi, pembelajaran dan pengurusan, dikendalikan oleh komputer menggunakan rangkaian komputer (Yusup & Razmah, 1999)
     e)  Pembelajaran Aktif                                                                                             
                 Pelajar secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran contohnya, dalam aktiviti mengenal pasti komponen-komponen utama dalam sistem komputer dan fungsi setiap komponen berkenaan. Pelajar akan dapat membuat penerangan mengenai komponen-komponen tersebut seperti mana yang telah dipelajari sebelumnya melalui demonstrasi yang ditunjukkan kepada mereka. Melalui penglibatan secara aktif ini penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan pengetahuan dan kemahiran baru. Proses pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar akan dapat menterjemahkan konsep yang dipelajari melalui latihan susulan yang diberikan kepada mereka.
     f)  Pembelajaran Reflektif.
                 Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan pemahaman konsep, inkuri dan kesadaran diri, mengenal pasti andaian yang melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian, kesimpulan dan pegangan. Pelajar akan mengingat dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai beberapa teknik yang telah dipelajari. Contohnya dalam aktiviti membuka dan memasang beberapa komponen perkakasan komputer beberapa urutan kerja perlu dipahami oleh pelajar sebelum melaksanakan proses yang sama berikutnya.

BAB III
PENUTUP
3.1              KESIMPULAN
Adapun simpulan yang dapat saya sampaikan adalah :                                                                      Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan saja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar di samping senantiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran, kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam bentuk Perisian PPBK :                       Berbagai teknologi dan perancangan secara sistematik digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan dan digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran tersebut boleh dicapai.
Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK ini ialah seperti berikut:
a) Pembelajaran koperatif
b) Pembelajaran kolaboratif
c) Pembelajaran Anjal
d) Pembelajaran Bersepadu
e) Pembelajaran Aktif
f) Pembelajaran Reflektif

3.2              SARAN
Hendaknya pengertian, prinsip dan perkembangan teori pengajaran dan pembelajaran dapat dipahami oleh para pendidik dan diterapkan langsung dalam pendidikan dengan benar, sehingga tujuan pendidikan akan benar-benar tercapai. Dengan memahami bagaimana teori pengajaran tersebut, maka pendidikan yang berkembang di bangsa kita akan dapat menghasilkan output-output yang berkualitas.


DAFTAR PUSTAKA

             Alessi S.M. & Trollip R. S1991. Computer Based Instruction. Methods And Development. (2nd.Ed.).New     Jersey:Prentice Hall.

Ausubel, D.P. 1968. Educational Psychology: A Cognitive View. New York: Hoet, Rinehart & Winston.

Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing.

Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar.1997.Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf Depan.Komputer, Berita Harian : 1.

Kementerian Pendidikan Malaysia.1997. The Malaysian Smart School:A Msc Flagship Applications:A Conceptual Blueprint. KL.

Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New Jersey:



Tidak ada komentar:

Posting Komentar